Yeay! Yeay! Yeay! Akhirnya Kina berjaya merajinkan diri untuk menjengguk dan update blog ini :) Serius dah lama sangat tak update blog. Rindu jugak sebenarnya nak merepek nak menaip kat sini tapi sentiasa rasa malas dan keadaan laptop yang entah pape membuatkan diri malas nak online menggunakan laptop. So, secara tak langsung blog ini pun tak ber-update lah. :( Alhamdulillah hari ini Kina berjaya merajinkan diri untuk menulis sepatah-dua-kata-lah-sangat dekat blog ini :)
Tapi tapi tapi Kina akan cuba update selalu blog ini sepanjang cuti ini. Oh ye. Kina dah start cuti semester bermula 15 Januari yang lepas. Tapi Kina pulang ke Batu Gajah 20 Januari yang lepas. Kenapa balik lambat? Bukan selalu Kina orang pertama ke yang akan balik bila ada cuti? hee :) Itu biarlah rahsia kenapa. Saje gedik kan. Padahal bukan apa pun nak dirahsiakan. :)
Kina balik lambat sebab Kina pergi UIAM Gombak sempena Festival Beliawanis Nasional yang diadakan pada 19 Januari. Serius festival tu memang seronok. Banyak jugak input yang Kina dapat. Slot Gaza : Kami Bersamamu sangat best dan agak menyayat hati jugak.huhu :( Saudara-saudara kita yang sangat kental imannya dan hanya ada satu matlamat hidup mereka ialah mendapat redha ALLAH.
Hari ini 12 Rabiul Awal 1433 kan. Ada apa hari ini? Ye, betul lah tu Maulidur Rasul. Kelahiran Rasulullah S.A.W. Selawat dan salam untuk junjungan besar Allah S.W.T.
Akan update lagi nanti :)




No comments:
Post a Comment