Assalamualaikum :)
Dah lama sangat tak update blog ni. Nak kata busy tu xdela sangat. Cuma perasaan nak bukak blog dan menulis tu tak mari. Ada banyak cerita nak cerita tapi tak tahu macam mana nak karang. Macam-macam yang berlaku. Macam-macam yang ingin di ceritakan. Tapi hanya mampu bermain dalam fikiran dan hati. Tak mampu diluahkan dengan kata-kata dan penulisan.
Pejam celik pejam celik pejam tak celik celik dah. hehe. Tu ayat yang selalu adik bongsu Kina guna. Dia memang pandai mengarang ayat dan ayat dia selalu yang terkena diri sendiri. Kadang-kadang rasa bagus jugak dia ni, ayat dia semua ada maksud yang mendalam. Kena betul-betul memahami baru tahu apa yang ingin disampaikannya :)
Pejam celik pejam celik akhirnya sudah sampai ke penghujung semester 4 ini. Lagi dua minggu sebelum bermulanya study week dan final exam. Ya Allah, hanya Allah yang tahu macam perasaan nak menghadapi final yang tak lama lagi ini. Tapi diri ini memang dah tak mampu untuk terus bertahan di Melaka. Perasaan untuk pulang ke rumah semakin membuak-buak. Mungkin akan pulang ke rumah seketika bagi melepaskan rasa yang terbuku. Kembali berjuang dengan buku dan pena selepas itu.
Hati begitu berharap agar semester ini akan lebih baik daripada semester sebelumnya. Semoga diberi kekuatan yang luar biasa oleh Allah. Setiap yang berlaku itu adalah daripada izin Allah juga. Berusaha dan berdoalah. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hidup kita. Allah adalah sebaik-baik perancang.
Kalau itu yang Allah berkehendakan, itu akan berlaku :)


No comments:
Post a Comment