Tuesday, October 2, 2012
Chapter 17 : garang macam singa
Assalamualaikum :)
Kalau tengok tajuk entry hari ini macam menyeramkan je.hehe. Garang mcm singa. Siapa yang garang mcm singa tu?
Makin lama makin ramai pulak yang kata Kina ni garang. Tapi tu Kina tak dinafikan. Kina memang sangatlah garang. Kina memang dari dulu, dari zaman sekolah hinggalah sekarang, garang Kina ni susah lah nak ditinggalkan.
Tapi Kina bukanlah tak semena-mena nak marah orang pulak kan. Cuma bila ada something yang buat Kina rasa tak selesa or ada yang buat apa yang Kina tak suka. Memang akan kena la. And i admit that, nowadays mood Kina memang senang sangat nak berubah. Mula-mula baik then dia akan tukar jadi tak baik pulak nanti. So, i'm sorry for that :(
Kina tak tahulah. Sebenarnya bukan Kina tak perasan perubahan Kina semester ini. Memang semester ini Kina akui Kina cepat sangat nak marah. Kurang istighfar rasanya.huhu :( Atau mungkin hanya untuk menjadi lebih tegas. Motif sangat nak jadi tegas bagai kan.hehe.
Mungkin apa yang berlaku sebelum-sebelum ini buat Kina rasa Kina perlu bersuara jika sesuatu tu tak benar. Itu pun kalau mengenai diri Kina sendiri dan family Kina.
Apa-apa pun, saya NurSakinah Binti Salim ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali dan dikenali sekiranya saya ada termarah, tertinggi suara, tertengking atau apa sahaja yang buat anda tidak selesa, sakit hati dan terasa dengan perlakukan mahupun percakapan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment