Monday, October 1, 2012

Chapter 16 : pengorbanan

Assalamualaikum :)

How are you? Hope everything ok yea :) Alhamdulillah, Kina dah settle presentation OB lewat petang tadi. Kalau nak komen tentang presentation tadi, for me, just ok but not so good. Kina kena banyak improve lagi presentation skills Kina la.huhu :(

Ok. Stop about it. Niat sebenar tulis blog malam ni nak cerita tentang satu hal. Pengorbanan. Pengorbanan siapa? Yes, ibu bapa kita. Pernah tak terlintas kat kepala kita betapa berharganya ibu bapa kita pada diri kita sendiri? Boleh bayangkan tak mcm mana kehidupan kita tanpa mereka disisi kita?

Susahkan. Ibu bapa ini sebagai tempat untuk kita meluahkan segala yang terbuku di hati. Mereka juga lah yang jadi bank bergerak kita kan.hehe :) Yela, bila kita tengah sesak tak ada duit kat kampus, sape yang kita cari dulu? kawan-kawan? Tu pun kalau kawan-kawan kita ada duit kan. Mesti kita akan ambil phone terus mesej or call ibu or ayah kita kan. Nampak tak betapa pentingnya mereka pada kita.

Kalau nak cerita mengenai ibu bapa ini. Sampai ke sudah tak akan habis. Sebab banyak sangat yang boleh diceritakan. Ibu bapa banyak sangat-sangat berkorban untuk anak-anak mereka. Apa sahaja yang anak-anak mereka inginkan, mereka akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan. Betapa kita ni permata hati mereka. Kadang-kadang tanpa sedar kita ni telah menyusahkan mereka. Apa yang kita inginkan itu mereka tidak mampu pun nak berikan. Tapi demi kasih sayang mereka pada kita, merekan akan tetap berusaha untuk dapatkannya walaupun mereka terpaksa mengikat perut mereka sendiri.

Ibu bapa tak pernah rasa malu memiliki anak-anak yang ramai. Walaupun kehidupan hanya kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang tapi mereka tetap bahagia memiliki permata hati yang ramai yang semestinya dapat mengembirakan hati mereka. Ibu bapa sentiasa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam hidup dan seterusnya. Mereka sanggup menyediakan segala keperluan kita untuk melanjutkan pelajaran. Bagi keluarga yang kurang mampu, sampai sanggup bergolok gadai demi untuk anak mereka sambung belajar hingga ke menara gading.

Tapi sering kali kita lihat anak-anak sekarang sangat payah untuk menjaga ibu bapa mereka yang seorang. Ada yang merasakan ibu bapa hanya akan menyusahkan mereka. Mereka lupa agaknya, siapa yang beri mereka duit dan biaya mereka belajar sehingga mereka berjaya. Bila sudah berjaya ibu bapa dilupakan. Sangatlah si Tanggang anak yang begitu. 


Wahai rakan-rakan, pemuda pemudi, adik-adik dan seluruh anak-anak di dunia, hargailah ibu bapa kita. Sesungguhnya mereka adalah harta yang paling berharga buat kita seorang anak.Tanpa mereka tidak akan lahir kita di dunia ini. Tanpa mereka tidak akan kita kecapi apa yang kita ada sekarang ini. Hargailah mereka selagi mereka masih ada bersama kita. Andai telah ditakdirkan mereka sudah tiada, kirimkanlah Al Fatihah dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka di "sana".

Anak yang soleh dan solehah ialah anak yang akan membawa ibu bapanya ke syurga.




No comments:

Post a Comment