Thursday, April 25, 2013

Chapter 31 : boyfriends saya :)

Assalamualaikum :)

Setelah sekian lama baru rajin nak buka blog dan menulis sedikit cerita di sini. Bukan tak ada rasa nak update atau menulis tapi entah la. Mood tak datang mungkin. Untuk semester 5 ni memang lah mencabar. Subjek masih seperti semester lepas. 7 subjek semua tapi final 4 paper je :) Tapi dia punya busy dan banyak kejenya mcm ada sepuluh subjek. Nak buat mcm mana kan 4 credit hours ada banyak semester ini. ;( Kerja banyak tapi terpulang dekat diri nak buat ke tak kan. Kalau rasa nak menyusahkan diri masa saat-saat akhir nanti tangguh jela. *tp tula yang suka di buat*

Dah lama tak update tiba-tiba tajuk post "boyfriends saya" pulak kan. Lama-lama menghilang rupanya dah ada boyfriends.haha. Tak adala. Tak ada masa untuk ber'boyfriend' bagai skrg ni. Yang dicari sekarang hanyalah bakal suami. Oleh itu, lambat lagi mungkin. Sebab tak ada yang berkenan dgn Kina ni. Kesiaaann kan.

Lelaki pertama yang Kina kenal lepas je lahir mestilah Ayah Kina kan. Yang ini boyfriend pertama Kina.hehe :) My Father My Hero kan :) Ayah ini garang. Masa Kina kecik-kecik dulu mmg takut la dengan Ayah. Sebab Ayah memang garang. Selalu kena cubit dan rotan jugak Kina ni masa kecik-kecik dulu.haha. Jangan nak salahkan Ayah la kan. Kina sendiri yang nakal dan tak dengar cakap. Memang wajib lah kena rotan semua kan. Tapi tula yang mengajar Kina untuk jadi seorang yang disiplin dan tahu buat kerja. Ayah juga selalu jadi motivator untuk kteorg adik beradik. Memang lah kadang-kadang ayat-ayat Ayah buat sakit telingan dan sakit hati je dengar tapi sebenarnya tu lah yang buatkan kteorg berusaha. Bila semua anak-anak dah besar skrg ni, Ayah jadi macam kawan kteorg. Semua kalau nak cerita mesti cerita dekat Ayah dan Mama. Dah jadi macam kawan kan. Kita kalau apa-apa mesti akan cerita dekat kawan-kawan kita dulu kan. 

Boyfriend Kina yang kedua haruslah Abang Kina. Dua tahun lebih tua dari Kina. Dialah kawan. Dialah motivator selain Ayah. Dialah inspirasi Kina. Dialah tempat untuk mengadu segala benda. Dialah pembakar semangat. Dialah teman untuk berbicara. Abang ni ada sedikit ikut perangai garang Ayah. Serius Abang mmg garang. Tapi ada Kina takut? haha. Kita ni bila makin dewasa kita akan tahu mcm mana nak kawal perasaan dan jaga hati orang lain kan. Sama la jugak dengan Abang Kina ni. Sekarang Abang xdela garang tak bertempat. Dah pandai kawal kemarahan gitu :) Abang sentiasa tahu apa yang dia nak dan dia nak capai. Dia akan berusaha ke arah itu. As for you Abang, never give up. Just take it as challenge for you to be a better person in your career. Challenges are the way for us to be strong and keep on have faith in Allah. Never give up. We all love you and always be with you. :))) <3<3<3

Ini memang gaya macam boyfriend dah ada.hehe. Adik bongsu Kina. Selalu kalau tengok Kina main nset sambil senyum-senyum tu dengan dia ni la. Kalau tak dengan dia ni, dengan Abang atau Ayah. Masa dia ni lahir Kina baru je 5 tahun. So jarak tak jarak sangat la. Adik Kina ni kelakar.hehe. Dia ni jugak penyabar. Tapi penyabar-penyabar pun ada masanya akan naik angin jugak. Kadang-kadang matang dan kadang-kadang mcm budak-budak jugak. Dia mmg pandai berbicara sampai orang terdiam. Ayat-ayat yang digunakan ada je yang nak mematikan ayat orang lain. Seorang yang kuat hadapi cabaran jugak.


Teka sendiri mana Ayah, Abang dan Adik Kina :))

Friday, March 15, 2013

Chapter 30 : sesuatu yang pasti dan sesuatu yang tak pasti

Assalamualaikum :)


Selamat berhujung minggu :) Yela kan, hari ini kan Jumaat. Esok cuti la kan. Bagi mereka yang bercutilah, yang tak bercuti tu, selamat bekerja, belajar dan sebagainya :)



Pada peringkat umur 20++ ni banyaklah yang akan membicarakan mengenai perhubungan antara lelaki dan perempuan. Perhubungan yang macam mana tu? Perhubungan yang ke arah lebih serius dan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Bukan main-main lagi :) 





Umur dah meningkat, haruslah berfikir masa depan kan. Bukan lagi macam zaman sekolah yang asyik berbicara mengenai perhubungan yang diipanggil "couple". Kalau zaman sekolah dulu, "couple" dah menjadi trend yang mesti kena ada "couple". Kalau tak macam tak hot pulak kan.haha. Apala pemikiran yang begitu harus ada dalam minda seorang pelajar yang masih lagi perlukan ilmu dalam dada. Tapi bukan nak kata orang la kan. Kina sendiri pun pernah mengalami zaman sekolah kan. Perasaan yang tak akan lari. Fitrah seorang insan yang akan tertarik dengan kaum yang berlainan jenis kan. 



Tapi tu dulu lah, sekarang dah 22 tahun kot. Kalau ada lagi rasa mcm tu tak tau nak katalah kan. Kalau berjumpa dengan kawan-kawan bukan lagi di tanya ada boyfriend/girlfriend tapi akan ditanya bila nak sampai kad jemputan kahwin. Haa. Dah menjadi perkara biasa untuk membicarakan perkara seperti ini. Lagi sekali disebut, umur dah meningkat. Sape yang tak nak ada hubungan halal antara perempuan dan lelaki.





Masalahnya sekarang, kita pernah tak terfikir yang kita ni akan sempat ke mendirikan rumah tangga. Sedangkan itu sesuatu yang kita tak pasti kan. Kita ada satu perkara yang pasti akan berlaku pada diri setiap insan. Agaknya apa ye? :)



Kematian.



Ye, kematian tu sesuatu yang pasti bagi setiap makhluk Allah. Tu memang pasti. Kita cuma tak pasti bila ajal akan menjemput kita. Dah bersediakah kita? 



Ya Allah, terasa mahu menangis bila mengingati tentang kematian. Bagaimanakah keadaan kita ketika mati nanti? Ya Allah, matikanlah aku dalam iman dan tetap sebagai seorang Islam.



Kita sibuk mengejar dunia tanpa ada sedikit masa untuk mengejar akhirat. Perkara basic seperti solat pun kita susah nak lakukan tepat pada masanya. Tapi sibuk berbicara tentang jodoh, hati dan perasaan. *utk diri Kina sendiri yang sentiasa lupa tentang ini* :(


Inginkan keluarga yang bahagia mestilah bermula dari diri kita sendiri kan. Kalau kita tak bahagia dengan diri kita sendiri macam mana kita nak bahagiakan pasangan dan anak-anak kan. Tak gitu? Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Sama ada baik atau pun buruk, kitalah yang akan mencorakkannya. 

Makanya, persiapkanlah diri kita untuk sesuatu yang pasti dan sesuatu yang tak pasti :)



Wallahu Alam.