Assalamualaikum :)
Selamat berhujung minggu :) Yela kan, hari ini kan Jumaat. Esok cuti la kan. Bagi mereka yang bercutilah, yang tak bercuti tu, selamat bekerja, belajar dan sebagainya :)
Pada peringkat umur 20++ ni banyaklah yang akan membicarakan mengenai perhubungan antara lelaki dan perempuan. Perhubungan yang macam mana tu? Perhubungan yang ke arah lebih serius dan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Bukan main-main lagi :)
Umur dah meningkat, haruslah berfikir masa depan kan. Bukan lagi macam zaman sekolah yang asyik berbicara mengenai perhubungan yang diipanggil "couple". Kalau zaman sekolah dulu, "couple" dah menjadi trend yang mesti kena ada "couple". Kalau tak macam tak hot pulak kan.haha. Apala pemikiran yang begitu harus ada dalam minda seorang pelajar yang masih lagi perlukan ilmu dalam dada. Tapi bukan nak kata orang la kan. Kina sendiri pun pernah mengalami zaman sekolah kan. Perasaan yang tak akan lari. Fitrah seorang insan yang akan tertarik dengan kaum yang berlainan jenis kan.
Tapi tu dulu lah, sekarang dah 22 tahun kot. Kalau ada lagi rasa mcm tu tak tau nak katalah kan. Kalau berjumpa dengan kawan-kawan bukan lagi di tanya ada boyfriend/girlfriend tapi akan ditanya bila nak sampai kad jemputan kahwin. Haa. Dah menjadi perkara biasa untuk membicarakan perkara seperti ini. Lagi sekali disebut, umur dah meningkat. Sape yang tak nak ada hubungan halal antara perempuan dan lelaki.
Masalahnya sekarang, kita pernah tak terfikir yang kita ni akan sempat ke mendirikan rumah tangga. Sedangkan itu sesuatu yang kita tak pasti kan. Kita ada satu perkara yang pasti akan berlaku pada diri setiap insan. Agaknya apa ye? :)
Kematian.
Ye, kematian tu sesuatu yang pasti bagi setiap makhluk Allah. Tu memang pasti. Kita cuma tak pasti bila ajal akan menjemput kita. Dah bersediakah kita?
Ya Allah, terasa mahu menangis bila mengingati tentang kematian. Bagaimanakah keadaan kita ketika mati nanti? Ya Allah, matikanlah aku dalam iman dan tetap sebagai seorang Islam.
Kita sibuk mengejar dunia tanpa ada sedikit masa untuk mengejar akhirat. Perkara basic seperti solat pun kita susah nak lakukan tepat pada masanya. Tapi sibuk berbicara tentang jodoh, hati dan perasaan. *utk diri Kina sendiri yang sentiasa lupa tentang ini* :(
Inginkan keluarga yang bahagia mestilah bermula dari diri kita sendiri kan. Kalau kita tak bahagia dengan diri kita sendiri macam mana kita nak bahagiakan pasangan dan anak-anak kan. Tak gitu? Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Sama ada baik atau pun buruk, kitalah yang akan mencorakkannya.
Makanya, persiapkanlah diri kita untuk sesuatu yang pasti dan sesuatu yang tak pasti :)
Wallahu Alam.
.jpg)


No comments:
Post a Comment