Assalamualaikum :)
Post yang pertama untuk tahun 2014. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang percuma kurniaan Allah. Alhamdulillah.
14 Februari selalu dikaitkan dengan Hari Kekasih bukan. Atau dalam bahasa Inggeris nya Valentine's Day. Tapi rasanya bagi pelajar-pelajar Ijazah UiTM seluruh Malaysia tarikh 14 Februari di nanti bukan sebab nak memperingati kekasih tapi lebih kepada berdebar untuk menanti keputusan peperiksaan Januari hari tu.
Sangat berdebar kan. Setelah keputusan diketahui. Alhamdulillah berpuas hati dengan semuanya. Walaupun tak capai target untuk dapatkan first class. Tapi Alhamdulillah berjaya harungi juga degree yang agak mencabar.
Kita rasa nak tersenyum je. Bukan sebab result bagus sangat tapi sebab kita dah habis degree. Macam tak percaya. Tapi 3 tahun untuk degree dah habis. Ya Allah, bersyukur sangat. :)
Terima kasih diucapkan kepada Mama Ayah yang banyak bg sokongan dorongan dan bantuan selama ni. Terima kasih untuk semua pensyarah yang banyak mencurahkan ilmu dari semester 1 sampai semester 6, yang banyak membantu untuk setiap assignment dan presentation, yang banyak mengajar erti sabar dan terus usaha. Terima kasih untuk sahabat, rakan, kawan dan taulan kerana sentiasa ada masa susah dan senang, masa jatuh dan bangun, terima kasih untuk setiap ilmu yang dikongsi dan bantuan yang diberikan. Terima kasih untuk adik beradik yang banyak bagi semangat, moral support yang diberikan. Terima Kasih. Terima Kasih. Terima Kasih.
Jasa kalian tidak akan dilupakan :)

No comments:
Post a Comment