Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup pada hari ini. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi keupayaan untuk menjalankan aktiviti harian dan melakukan ibadah yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada umatNya.
Dua hari lepas Kina ada baca satu cerita ni tentang pelajar UTeM yang meninggal 20 Januari yang lalu. Allahyarhamah Siti Hajar yang terlibat dalam kemalangan di Masjid Tanah kalau tak salah Kina. Ya Allah, serius rasa sebak bila baca cerita atau rentetan hidup arwah sepanjang dua minggu di Hospital Melaka. Kisah arwah ditulis oleh ibu arwah sendiri dan di publish di blog rakan arwah Mujahidah .
Arwah seorang yang kuat imannya. SubhanAllah. Seorang muslimah yang benar-benar tahu, faham dan amalkan Islam yang sebenarnya. Walaupun dirinya ditimpa musibah tetapi semua itu dianggap dugaan yang Allah berikan dan Allah janjikan yang terbaik untuk dirinya. Betapa kuatnya dan teguhnya imannya.
Bila baca apa yang diceritakan itu, terasa diri sendiri tak setanding dirinya. Betapa diri ini tak mengenal Islam itu yang sebenar-benarnya. Rasa bangga bila diri Islam tapi tak pernah mengamalkan Islam yang sebenarnya. Ya Allah, ampunkanlah diriku ini. :(
Mati tidak mengenal usia. Kata-kata yang sering diungkapkan apabila disuruh bertaubat, "nanti dah tua taubatlah." Adakah kita pasti kita akan sampai pada usia tua? Mungkin ajal kita esok atau lusa. Tak sempat nak bertaubat. :(
Ini peringatan untuk diri sendiri juga, kenapa mesti nanti? Kenapa bukan sekarang? Ya Allah. :(



No comments:
Post a Comment