Sunday, October 21, 2012

Chapter 21 : ada baiknya

Assalamualaikum :)

Kita semua tahu apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang. Tapi kenapa Allah suruh dan kenapa Allah larang?

Tu Kina pun tak tahu nak jawab. Kena tanya yang lebih pakar la :)

Just nak share kat sini jela. Bagi Kina setiap apa yang Allah suruh dan Allah larang tu semua ada sebabnya. Tak akan pulak Allah sengaja nak suruh dan larang tanpa sebab kan. Sudah sifat Allah, Yang Maha Mengetahui. Akal manusia tidak akan dapat jangka apa yang tersembunyi. 

Apa yang Allah suruh akan jadi kebaikan buat kita semua. Allah suruh tu memang untuk menjaga dan menjadikan kita seorang Muslim yang sejati. Oleh itu, kenapa mesti kita ingkar kan. Lakukanlah dengan ikhlas hati, insyaAllah akan mendapat kebaikan dariNya. Ini peringatan untuk Kina juga sebenarnya. Kina sendiri sering lupa dan alpa dengan dunia semata-mata. Padahalnya hidup kita ni hanyalah untuk menabung atau menjadi bekal di akhirat kelak. 

Dan apa yang Allah larang tu juga adalah demi kebaikan kita. Allah larang melakukan perkara yang membuatkan kita lupa diri. Membuatkan kita lupa dan leka dengan dunia. Allah melarang sesuatu perkara itulah kerana perkara itu akan memudaratkan diri kita sendiri.

Ikutlah segala suruhan Allah dan tinggalkan segala larangan Nya. Peringatan buat diri sendiri dan kalian. Semoga kita akan tergolong dalam muslim yang benar-benar muslim :)



2 comments: