Tuesday, October 9, 2012

Chapter 19 : lumrah

Assalamualaikum :)

Macam mana hari-hari kita setakat ini? Semuanya baik-baik kah? Hope semuanya baik-baik la ye.

Siapa kat sini suka kat seseorang? Siapa kat sini ada admire kat seseorang? Sesiapa kat sini ada jatuh hati kat seseorang?

Wah. Gitu banyak soalan kan :) Sudah menjadi fitrah manusia yang perempuan akan terpikat dengan lelaki dan lelaki akan terpikat dengan perempuan. Kalau sebaliknya yang berlaku sudah melanggar fitrah yang Allah telah jadikan. Nauzubillah Minnazalik. 

Untuk menyukai seseorang memang tak salah. Bukan kita paksa diri kita untuk menyukai seseorang yang kita minat tu kan. Suka tak bermakna sayang. Sayang tak bermakna cinta. Tak salah untuk itu. Tapi bila kita suka kat seseorang or admire kat seseorang yang berlainan jantina ni kan dikira zina hati.huhu.

Tapi bila kita dah menyukai seseorang ini sebenarnya memberi kita kekuatan. Kekuatan untuk terus berdiri dan berjaya. Ini mungkin untuk positif side dia. Kita suka kat dia tapi kita tak beritahu dia pun. Mungkin juga tak ada yang tahu mengenainya. Hanya kita dan Allah sahaja yang tahu apa dalam hati kita. 

Yela, ramai yang berkata kalau kita sukakan seseorang lebih baik kita beritahu dia sebelum terlambat. Ada benarnya di situ, tapi adakah kita pasti dengan memberitahunya kita akan rasa selesa selepas itu? Bagi Kina lah kan, lebih baik jangan beritahu dulu. Percaya pada jodoh tak? Kalau dah memang tertulis dia untuk kita, insyaAllah tak akan ke mana :)

Save your heart for HIM and your future husband. (Hasya, 2012)

Ya Allah, jika benar dia milikku, jika benar dia jodohku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, jika dia bukan jodohku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu dan Engkau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik buat diriku. Amiin.



No comments:

Post a Comment