Disebabkan beberapa hari je lagi Kina akan kembali ke Bumi Hang Tuah yang bersejarah itu, hari ini Kina nak tulis pasal orang-orang yang selalu buat Kina gembira dan tersenyum sendiri :) Mereka ini lah yang selalu menceriakan hari-hari Kina dekat Melaka nuh. Yela, Kina ni bila ada kat Melaka kejenya asyik ingat nak balik rumah je. Tapi bila dengan dieorg ni kurang lah sikit rasa nak balik rumah tu :))
Lets begin.....
Gadis cantik berbaju pink ini bernama Nor Azlina binti Sulaiman, people called her Alin :) Alin sekelas dengan Kina, satu rumah dengan Kina. So, kteorg mmg rapat la. Pergi kelas sama-sama, balik kelas pun sama-sama la. Senang cakap, pergi mana-mana pun sama. Tapi bila tiba masa kelas third language, kteorg tak satu kelas. Sebab Alin amik Mandarin, Kina amik Arab. Lain-lain kelas la :)
Alin ini sangat baik ye. Dia selalu tolong orang yang perlukan pertolongan dia. Alin ni xtau la nak cerita mcm mana. Bagi orang yang tak kenal dia akan rasa dia sombong, tak bergaul dengan orang lain. Tapi bila dah lama kenal dia akan tahu la perangai sebenar dia mcm mana. Boleh tahan jugak kepala gilanya.haha. Kalau bab nak merepek merapu mmg masuk la dengan Alin ni.hehe. Kalau dah merepek merapu kadang-kadang sampai boleh mengalir air mata ketawa.hehe.
Alin sangat sweet ok :) Alin ni manja orangnya. Kalau apa yang Kina tahu Alin belum ada yang berpunya. Sape nak dengan Alin, please make sure that you really want her. Bukan saje-saje nak mainkan perasaan dia.
Kina sayang Alin kerana Allah. Dialah sahabat yang selalu tenangkan Kina, sabarkan Kina kalau Kina tak ok. Alin, sorry kalau selama kita kenal ini Kina ada buat salah, buat Alin terasa, sakit hati, bergurau kasar, tak mengembirakan hati Alin. Ada buat perkara yang Alin tak suka. Sorry for everything yea.
Tak sabar nak jumpa Alin nanti :))
Seterusnya ini, dua orang jejaka yang kawan baik. Mereka ini memang kawan baik sejak dari asasi lagi katanya. Yang pakai baju biru tu nama dia, Nor Azrul bin Mohd Zin, nama panggilan untuk dia ini banyak.hehe. Ada yang panggil Arol, Arul dan Kecik dan yang seorang lagi tu nama dia, Izzat Muhaimin Aziz bin Pauzzi. Tiga orang punya nama dia amik.hehe. Dikenali sebagai Izzat dalam kalangan kawan-kawan dia.
Seronok kawan dengan mereka berdua ini. Walaupun kadang-kadang ayat dieorg pedas. Tapi bila dah biasa dengan dieorg, tak kisah dala. Kalau tak memang akan asyik sentap jela. Dieorg ni femes, boleh dikatakan satu kampus tu kenal dieorg.hehe. Dieorg ni baik, tak lokek ilmu. Kalau tak tahu apa-apa tanya je dieorg. InsyaAllah dieorg akan jawab.
Kalau nak exam selalunya suka suruh Kecik cerita apa yang dia dah baca. Dia akan cerita lah apa yang dia baca. Apa yang Kina tak faham, insyaAllah akan faham lepas dengar Kecik bercerita. :) Tapi kan dieorg berdua ni suka balik rumah masing-masing kalau hujung minggu. Bosan ok. Kina dala selalu tak balik.
Apa-apa pun seronok kawan dengan dieorg ini :) Thank you and Sorry kalau Kina ada buat salah kat korunk ye :))
Yang ini pulak, kawan-kawan yang Kina selalu join buat aktiviti luar kelas. Panjat gunung, sambut birthday.hehe. Izzat yang pakai baju gelap tu, Muiz yang ada cawan dekat mulut, Kecik yang pakai baju biru, Afiq baju kuning, Haikal yang pakai spek, Aniq yang pakai baju number 8 and lastly, Nazrul baju putih :)
Dieorg sangat baik. Ini semua jejaka idaman ramai dekat kampus.hehe. Oh ye, Haikal sem lepas satu kelas Premiership dengan Kina and Alin. Haikal ini terer ok kalau bab-bab negara, politik, sejarah. Dia memang terer ye. Cakap jela semua dia tahu kot. Serius la banyak membaca Haikal ini.
Izzat, Kecik, Muiz, and Afiq satu kelas dengan Kina. Selalu kalau group assignment ke apa dieorg memang akan berempat la. Mereka berempat ini memang baik. ^_^ Aniq, Haikal and Nazrul dieorg ni pulak satu kelas. Mereka-mereka ini satu rumah :)
Ramai lagi kawan-kawan Kina yang selalu ada dengan Kina bila Kina susah dan senang. Tapi kalau nak tulis semua rasanya akan makan masa yang agak lama. Buat masa ini, ini saja yang Kina mampu. Lepas ini, insyaAllah akan ada lagi update tentang kawan-kawan Kina yang awesome :))



semoga persahabatan korang kekal hingga ke akhir hayat, amin :)
ReplyDeleteamiin :) terima kasih ^_^
ReplyDeletealin gelak baca ni,kina. :)
ReplyDeleteKina kina. Nice post. Appreciate it. -Hbk-
ReplyDelete