Kina ni kalau dah start tulis entry, mula la akan cari idea nak update entry setiap hari. Tapi bila sekali dah stop, memang susah la nak dapatkan balik mood nak update post.hehe :))
Kalau tengok title post kali ini mcm agak serius je kan. Tapi sebenarnya Kina bukan nak tulis pape yang serius pun. Lepas habis kelas petang tadi, dapat satu flyer someone bagi. Aktiviti yang akan diadakan di surau tempat tinggal kteorg ini.
Hari ini hari Khamis malam Jumaat kan. Biasanya orang akan baca Yassin. Same goes here. Ada bacaan Yassin dan diikuti dengan ceramah. Tapi kan Kina tak pergi pun dengar ceramah tu. Balik kelas dalam pukul 8 malam dengar jugak la sedikit apa yang dibicarakan.
Masa Kina dapat flyer tu, baca je tajuknya dah buat Kina terfikir. Sebagai seorang yang beragama Islam, apa ertinya? Kina bersyukur sebab dilahirkan dalam family yang memang Islam. Tapi apa yang Kina boleh buktikan yang Kina ini Islam? Mengucap dua kalimah syahadah? Memang itu rukun Islam yang pertama. Tu sebagai satu ikrar yang kita ini Islam. Tapi adakah hanya mengucapkan dua kalimah syahadah itu kita dah benar-benar Islam yang sejati?
Sebenarnya banyak lagi kan yang perlu kita lakukan untuk membuktikan yang kita ini Islam yang sejati. Bukan Islam hanya pada nama, hanya pada kad pengenalan yang tertera Islam di situ.
Kina bukanlah seorang alim ulamak yang tahu mengenai semua tentang Islam. Masih lagi dalam sesi pembelajaran untuk mengenal apa itu Islam yang sebenar. Kina rasa banyak lagi kekurangan Kina. Kina rasa Kina sendiri tak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar-benarnya. Ruginya Kina ni :(
p/s post ini tergendala bertarikh 20/9/2012. tersadai dalam draft.
meaningfull... ;))
ReplyDeleteRihan Halim