Actually this post supposed to be updated yesterday but due to my laziness, today i wrote it here.
Bajet nak speaking pulak kan. Padahal english tunggang-langgang tu.hehe. Sorry for the grammatical errors yea :) Post yang lepas Kina ada gtau yang Kina akan ke KL kan.
Ahad lepas, 26/8/2012, satu family pegi KL. Agenda pertamanya, Ahad petang tu hantar abang Kina ke LCCT. Cuti raya dia seminggu je, so kena balik belajar la. Abang pun dah tak lama je lagi akan grad. InsyaAllah tahun depan habis. Seronok je rasa bila dah nak grad kan. Tapi sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran hanya abang dan Allah jela yang tahu mcm mana kan. Kina tak tahu la sebab Kina tak amik course mcm dia.hehe. Tapi yela orang selalu kata "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Kalo mula-mula kita dah rasa kesenangan, kita tak akan hargai apa yang kita dapat tu. Bila kita dah rasa kesusahan mula-mula, kita kan hargai apa yang kita dapat sebagai contoh ijazah yang diperolehi tu kan :))
Muhamad Hanafi bin Salim (adik bongsu/purple)
Muhamad Danial bin Salim (abang/oren)
Agenda yang keduanya, hantar adik Kina yang bongsu ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ). Tapi pendaftarannya hari Isnin, 27/8/2012. So, kteorg satu family bermalam di kediaman Ayah Lang :) Adik mama Kina. Sebelum hantar abang ke LCCT, kteorg singgah rumah Ayah Lang dulu, then gerak ke rumah Acik Yan di Putrajaya untuk makan tengah hari.
Pagi lepas Subuh 27/8/2012 kteorg siap-siap dan gerak ke SSBJ. Memang sangat sesak ye. Sangat-sangat sesak. Yela, first day start sekolah after raya dan ramai yang baru masuk keje Isnin tu selepas seminggu bercuti. Alhamdulillah selamat sampai SSBJ dalam pukul 9 lebih jugak la. Settle pendaftaran, pembayaran apa semua. Angkat barang-barang dan simpan dalam bilik dia. Then, dia boleh masuk kelas dah. Simple je urusannya kan. :))
Dari SSBJ gerak ke Kota Damansara pulak, rumah Pak Uda sebab nak amik Opah bawa balik Ipoh. Makan dulu kat rumah Pak Uda, lepas tu terus gerak balik Perak. Alhamdulillah sampai Batu Gajah dalam pukul 2.30 p.m :))
Dengan ini selesai dua orang ^_^ Minggu depan hantar Anis pulak ke Kelantan. Dan minggu seterusnya Kina la pulak pulang ke Melaka. aish. Cuti dah nak habis.
tinggal dua org budak ini jela kat rumah sekarang :P
No comments:
Post a Comment